Pendidikan Al-Quran Akademi Al-Bayan yang ditubuhkan di Kuala Lumpur, Malaysia pada Januari 2019 mempunyai visi dan misi untuk menyumbang kepakaran dalam bidang pendidikan, kajian dan perundingan untuk pembelajaran al-Quran. Melalui kepakaran yang berkelayakan tinggi dan program pendidikan di Platform Latihan dan Kajian Saintifik Al-Bayan, akademi ini berusaha untuk mewujudkan integrasi ilmu pengetahuan antara ilmu wahyu, kemasyarakatan dan terapan bagi masyarakat Islam di Malaysia khususnya. Kepakaran yang tersedia di akademi ini mecakupi ruang pendidikan, mengadakan konferens, forum, dan pusat-pusat kajian serta menyebarkan maklumat dan informasi di pelbagai bidang ilmu. Akademi al-Bayan juga memfokuskan isu-isu semasa umat Islam yang berterusan agar pelajar mendapat gambaran penuh inti sari sebenar ilmu wahyu, hala tuju dan penerapannya dalam kalangan umat Islam.